})();

nuffnang

29 April 2016

Datuk Nicol Ann David Kecundang

Nour El Sherbini Ranapkan Impian Nicol Pertahankan Gelaran


Impian jaguh veteran Malaysia kebelakangan ini sering terhenti dikalahkan pesaing yang lebih muda dan bertenaga. Faktor usia mungkin menjadi salah satu punca kekalahan.

Terbaru impian ratu skuasy negara untuk muncul juara dan mempertahankan gelaran terhenti setakat suku akhir apabila dikalahkan pemain muda dari Mesir Nour El Sherbini.

Datuk Nicol Ann David yang berasal dari Pulau Pinang tewas dengan 12-14,11-14,11-3, 11-3 dalam pertarungan yang berlangsung selama 33 minit.

Nicol gagal mengatasi kelincahan pemain muda yang lebih bertenaga itu apabila ini merupakan kekalahan kelima bertemu Nour di Arena Bukit Jalil.

Namun Nicol tidak pernah putus asa walaupun tewas dan ini bukanlah penentu untuk beliau mengundurkan diri namun berazam untuk kembali bangkit nanti.


"Saya akan berusaha lebih keras selepas ini dengan meningkatkan lagi permainan saya nanti.
"Saya belum pernah terfikir untuk bersara. Saya akan cuba lakukan sesuatu untuk kembali bangkit dengan segera.

"Masa rehat yang panjang sebelum menyertai Terbuka Hong Kong hujung Mei nanti akan memberi kelebihan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan dan akan terus memberi saingan," katanya.
Walaupun mendapat sokongan padu penonton namun tidak banyak membantu Nicol apabila tewas di set pertama dan kemudian menang pada set kedua.

Mereka saling kejar mengejar tapi Nour lebih bertenaga berbanding Nicol yang selanjutnya menafikan Datuk Nicol untuk merangkul kejuaraan kesembilan di laman sendiri.

Ini merupakan kekalahan kedua Nicol di tanah air sendiri selepas 2 tahun yang lalu di Pulau Pinang juga tewas kepada pemain yang sama. Sementara itu bagi Nour dia cukup simpati dengan kekalahan idolanya itu namun itulah lumrah pertandingan pasti ada kalah dan menang.


No comments:

Post a Comment