Beregu Negara Cipta Kejutan
Siapa sangka atlete negara sekarang ini ramai yang membuat kejutan dan pada sukan-sukan yang kurang di beri perhatian. Kita banyak menumpukan kepada sukan bolasepak yang pelaburan cukup tinggi tetapi banyak sukan lain di pinggirkan kerana sikap manusia itu sendiri.
Terbaru kejutan dilakarkan oleh beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang menyingkirkan pilihan ketiga dunia dari China. Xu Chen-Ma Jin bagi melayakkan ke suku akhir Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Malawati.
Memang sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia selepas ini pasti stadium akan dipenuhi penonton akibat kejutan ini.
Kemenangan yang cukup mudah diraih pasangan beregu negara cukup hebat dengan 23-21, 21-6 menggambarkan seolah-olah mereka bukan berada di ranking ke-12 dunia. Mereka akan bertemu Puavaranukroh Dechapol-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand yang turut mara ke suku akhir selepas menewaskan satu lagi beregu China, Liu Cheng-Bao Yixin 22-20, 18-21, 21-17.
BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM DAPATKAN EBOOK PANDUAN DISINI
No comments:
Post a Comment