})();

nuffnang

23 October 2015

Piala Malaysia 2015 - Sabtu 24 Oktober 2015 - Sarawak vs JDT

KAPTEN Sarawak, Joseph Kalang Tie.. berharap pasukan Bujang Senang mengambil kesempatan sepenuhnya ketika beraksi di gelanggang keramat mereka iaitu Stadium Negeri, Kuching bagi menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Piala Malaysia esok.

                                    
Meskipun tidak dapat beraksi akibat digantung satu perlawanan, namun Joseph optimis rakan-rakan sepasukannya akan turun bermati-matian dalam usaha mengutip tiga mata seterusnya mencerahkan peluang untuk ke suku akhir saingan berprestij itu kali ini.
Katanya, sorakan padu para penyokong setia Bujang Senang turut ditagih bagi menaikkan semangat juang para pemain walaupun sedar lawan yang bakal dihadapi itu nanti merupakan juara Liga Super 2015 dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.
"Semua orang tahu reputasi Johor DT tetapi tiada yang mustahil dalam perlawanan bola sepak. Saya berharap sesiapa sahaja yang diturunkan oleh jurulatih nanti akan memberikan komitmen 100 peratus seterusnya memastikan tiga mata milik kami.
"Walaupun agak sedih kerana tidak dapat beraksi tetapi saya percaya para pemain lain akan menggalas tanggungjawab untuk memastikan kemenangan milik kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuching semalam.
Pertembungan Sarawak-Johor DT merupakan aksi keempat buat kedua-dua pasukan dalam Kumpulan B yang mana pasukan Harimau Selatan menang kesemua tiga aksi terdahulu, manakala Bujang Senang di tangga kedua selepas mengutip enam mata.
Dalam pada itu, Kalang Tie digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Perak minggu lalu dalam perlawanan yang menyaksikan Sarawak menang 1-0.
Mengulas mengenai insiden kad merah pada perlawanan tersebut, Kalang Tie mengakui kesilapan dirinya apabila gagal mengawal emosi sehingga tercetus kekecohan dengan pemain Perak, Mohd. Norhakim Isa yang turut dibuang padang pada minit ke-89...
Katanya, kejadian itu banyak mengajar dirinya dan bertekad tidak akan mengulanginya pada masa depan.
"Kejadian berlaku secara tidak disedari (spontan) dan saya mengakui kesilapan saya. Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran paling berguna buat diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi," ujarnya.

Sepaktakraw ISTAFF Super Series MaLaysia vs Thailand Final 2015 - Thailand

                                    Image result for takraw final 2015

                                         Image result for takraw final 2015

                                   Image result for takraw final 2015

Malaysia gagal menewaskan Thailand pada Final Sepaktakraw Super Series ISTAFF yang berlangsung di Thailand petang tadi.

Malaysia tewas pada set pertama 22 - 20

dan set kedua  21 - 16..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA

19 October 2015

Jadual Perlawanan Liga Juara Juara



Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Juara Juara pada pagi rabu nanti
Waktu Malaysia

KUMPULAN E
Di Borisov Arena - Bate Borisov mln Barcelona, 2.45 pagi
Di Bayarena - Bayer Leverkusen mln AS Roma, 2.45 pagi
KUMPULAN F
Di Emirates - Arsenal mln Bayern Munich, 2.45 pagi
Di Stadium Maksimir - Dinamo Zagreb mln Olympiakos, 2.45 pagi
KUMPULAN G
Di Stadium Olimpik Kiev - Dynamo Kiev mln Chelsea, 2.45 pagi
Di Estadio Do Dragao - FC Porto mln Maccabi Tel-Aviv, 2.45 pagi
KUMPULAN H
Di Estadio Mestalla - Valencia mln KAA Gent, 2.45 pagi
Di Stadium Petrovski - Zenit St Petersburg mln Lyon, 2.45 pagi

Bekas Bintang MU Tawar Diri Latih Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia

                                

KUALA LUMPUR: "Lebih 25 tahun lalu, Malaysia adalah satu daripada negara terkuat dalam bola sepak Asia, mengenepikan Korea Selatan, Jepun dan Iran.
Namun hari ini agak melucukan begitu jauh mereka jatuh,".
Itu luahan bekas pemain Manchester City, Peter Barnes yang hari ini tampil menyuarakan hasrat mengisi kekosongan jawatan jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia.
Memetik laporan dikeluarkan ESPN FC, Barnes berkata dia berminat mengambil tanggungjawab itu kerana ingin membantu meningkatkan kembali bola sepak di negara ini yang disifatkan tidak memiliki cukup kepakaran.
"Mereka tidak mempunyai cukup kepakaran atau profesional jadi jika saya dapat membantu dalam apa juga cara, sama ada ia adalah kerja B-23 atau membantu jurulatih asing yang mahukan pengetahuan dan pengalaman saya, saya gembira untuk melakukannya."
Barnes yang beraksi di posisi sayap bersama City ketika ini berulang alik dari Malaysia ke Manchester, England disebabkan kerjayanya sebagai pengkritik dan pengulas bola sepak di rantau ini dan juga jurulatih di peringkat remaja.
Bekas pemain berusia 58 tahun itu mengakui sudah menghantar surat permohonan bagi mengisi jawatan itu menerusi kakaknya yang berada di Kuala Lumpur.
"Permohonan saya untuk jurulatih B-23 Malaysia dibuat oleh kakak saya, Karen yang memiliki sekolah tarian di Kuala Lumpur.
"Keluarga saya mempunyai hubungan yang kuat dengan Malaysia, bermula sejak bapa saya bekerja sebagai jurulatih remaja di sini lebih daripada sedekad, saya gembira untuk membantu sekiranya mereka memerlukan saya."
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengiklankan jawatan Ketua Jurulatih B-23 bulan lalu dengan keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Penyandangnya, Datuk Ong Kim Swee ketika ini memikul tanggungjawab selaku jurulatih sementara pasukan kebangsaan Malaysia dan berdepan tugas berat dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
Kim Swee dilaporkan sudah memohon bagi jawatan tetap itu namun Barnes percaya jurulatih asing adalah pilihan terbaik bagi bola sepak di Malaysia.
"Mereka memerlukan jurulatih asing yang juga orang luar untuk memberi mereka idea baharu.
"Menjadi dirinya saja dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi daripada peringkat bawahan sehingga tertinggi dan tidak terperangkap dengan permainan politik, seperti sesetengah orang di sini," katanya.
"Ia tidak memerlukan nama yang hebat. Lihat Arsene Wenger. Dia tidak dikenali ketika tiba di England namun dia kini dianggap salah seorang pengurus terbaik di dunia.
"Malaysia memerlukan seseorang yang boleh memberikan keyakinan kepada pemain-pemain muda. Biar mereka bermain bola sepak dengan senyuman di muka mereka.
Selain City, Barnes pernah beraksi bersama Manchester United dan memiliki 22 penampilan bersama skuad kebangsaan England. - AGENSI - sumber berita harian.

Carta Kedudukan Terkini English Premier Leque

#TeamMPWDLFADP
1Manchester City9702248+1621
2Arsenal9612167+919
3Manchester United9612158+719
4West Ham United95222012+817
5Leicester City94411917+216
6Crystal Palace95041210+215
7Tottenham Hotspur9351117+414
8Southampton93421512+313
9Everton93421211+113
10Liverpool9342810-213
11Chelsea93241417-311
12West Bromwich …9324711-411
13Swansea City82421010+010
14Watford9243610-410
15Stoke City8233810-29
16Norwich City92341420-69
17AFC Bournemouth92251117-68
18Newcastle United91351219-76
19Aston Villa9117815-74
20Sunderland9036819-113

Nota : Arsenal dan Manchester United berkongsi mata namun disebabkan kelebihan kepada jaringan dan bolos maka Arsenal menghuni di tangga ke 2 liga.

Keputusan Minggu Lepas English Premier Leque

Sun18/10/15Newcastle United6 - 2Norwich City
Watford0 - 3Arsenal
Sat17/10/15Southampton2 - 2Leicester City
Manchester City5 - 1AFC Bournemouth
Everton0 - 3Manchester United
Crystal Palace1 - 3West Ham United
Chelsea2 - 0Aston Villa
West Bromwich …1 - 0Sunderland
Tottenham Hotspur0 - 0Liverpool
Sun04/10/15Swansea City2 - 2Tottenham Hotspur
Arsenal3 - 0Manchester United
Everton1 - 1Liverpool
Chelsea1 - 3Southampton
Sat03/10/15Manchester City6 - 1Newcastle United
Norwich City1 - 2Leicester City
Aston Villa0 - 1Stoke City
Sunderland2 - 2West Ham United
AFC Bournemouth1 - 1Watford
Crystal Palace2 - 0West Bromwich …