})();

nuffnang

27 April 2016

Tottenham Hotspurs Seri

Leicester City Perlukan Tiga Mata Sahaja Untuk Bergelar Juara Liga Perdana Inggeris

Seri membawa kesuraman buat Spurs namun mereka mengharapkan Manchester United bakal penghalang kepada Foxes.

Harry Kane amat berharap Red Devil dapat membantu mereka menyelamatkan cabaran yang semakin pudar selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan West Brom Albion dan sekaligus menyaksikan Leicester City semakin hampir bergelar juara.

Tottenham yang yakin mereka akan menang di White Hart Lane apabila gol jaringan sendiri Craig Dawson membantu mereka sebagai pendahulu pada babak pertama perlawanan. Akan tetapi bermula babak kedua Spurs mulai hilang rentak permainan menyebabkan mereka di hukum oleh Dawson yang menebus kembali kesilapanya menjaring gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-73.


Skuad kendalian Mauricio Pichettino itu kini ketinggalan tujuh mata di belakang Leicester dengan berbaki 3 perlawanan dan skuad kendalian Claudio Ranieri akan bergelar juara buat pertama kali dalam sejarah mereka jika menang dengan Manchester United, ahad ini.
Dalam pada itu Kane tegas menyatakan yang mereka tidak akan menyerah kepada Chelsea sehari selepas perlawanan itu.

"Kami akan mengalahkan Chelsea selepas itu dan saya berharap United boleh membantu kami,"ujar Kane

"Segalanya belum berakhir. Kami perlu teruskan perjuangan ini. Kami rasa boleh menang ke atas Albion namun ia mengecewakan kami.

"Banyak peluang kami miliki pada babak pertama namun kami gagal pada babak kedua.
"Kami sepatutnya boleh menang tapi kami alpa dan terus di hukum, inilah bolasepak apa pun mungkin tapi kami akan terus melawan selepas ini".

Mampukah Manchester United menyekat kemaraan Foxes yang semakin mengganas untuk merebut kejuaraan julung mereka dalam sejarah penubuhan kelab miskin itu. Sama-sama kita saksikan ahad nanti waktu tempatan.


No comments:

Post a Comment