})();

nuffnang

10 April 2016

Arsenal Bernasib Baik

Arsene Wenger Hampir Putih Mata

Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Ham dan Arsenal berkesudahan dengan seri 3-3 satu keputusan melegakan pengendali Arsene Wenger yang cukup risau ketika ketinggalan 2-3 bermain di tempat lawan.

Jaringan awal Mesut Ozil dan Alexis Sanchez memberikan pendahuluan buat Arsenal namun pemain lawan Carroll berjaya meledakkan 2 gol pada babak terakhir masa pertama dengan kedudukan 2-2.

Masuk babak kedua tuan rumah berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi hatrik Carroll yang menyaksikan Arsenal bakal berputih mata tetapi Koscielny muncul wira Arsenal dengan menyumbat gol penyamaan menjadikan 3-3.

Keputusan tersebut tidak memberi apa-apa makna buat kedua-dua pasukan dan West Ham masih lagi gagal berada dalam kelompok 5 teratas manakala Arsenal ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Leicester City.

Pun begitu Arsene Wenger tetap memilih untuk menurunkan David Ospina walaupun Petr Cech sudah pulih seperti sediakala.

Tanggungjawab besar di pikul Carroll diberi atas kepercayaan pengurus West Ham Slaven Bilic dan turut menurunkan Cheikhou Kouyete selepas penggantungan beliau akibat menerima kad merah dibatalkan semasa perlawanan menentang Crystal Palace.

No comments:

Post a Comment