})();

nuffnang

07 April 2016

Gonzalo Higuain Striker Napoli Di Gantung

Higuain Di Gantung 4 Perlawanan

Tamparan hebat di terima Napoli dalam usaha memburu kejuaraan apabila penjaring terbanyak Series A Gonzalo Higuain di gantung empat perlawanan kerana membantah keputusan pengadil dengan keras.

Bintang Napoli yang menjaringkan 30 gol dalam 31 perlawanan, bertindak dengan keras membantah keputusan pengadil dan gagal mengawal emosi apabila meletak tanganya ke dada pengadil semasa menerima 2 kad kuning dan dibuang padang ketika kalah 1-3 kepada Udinese dalam aksi cukup tegang di Stadio Friuli, ahad lalu.

Napoli ketinggalan enam mata akibat kekalahan itu di belakang Juventus dan empat mata di depan As Roma dengan berbaki lagi tujuh perlawanan.

Kemarahan Higuain yang tidak dapat dibendung terpaksa dikeluarkan rakan sepasukanya, beliau akan terlepas aksi menentang Verona, Inter Milan, Bologna dan Roma.

Paling malang jurulatih Napoli Maurizio Sarri turut digantung satu perlawanan akibat turut sama membantah keputusan pengadil kes Higuain.

Namun pengadil Massimiliano gagal menjelaskan perkara tersebut secara terperinci.

No comments:

Post a Comment