Bak Kata Pepatah Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa
Menyebarkan perkara-perkara yang tidak sahih di media-media sosial kebelakangan ini semakin berleluasa dan bahan yang disebarkan belum pasti sahihnya dan lebih malang kalau berita tersebut melibatkan kumpulan berprofil tinggi yang mungkin akan membawa padah kepada penyebar berita atau yang share tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Terbaru Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) membuat laporan polis semalam terhadap pemilik satu akaun Facebook yang mengeluarkan unsur tohmahan berunsur fitnah kepada pegawai tertinggi FAP, selasa lalu.
Ahli Majlis FAP L. Kathderisan berkata, mereka mendapat maklumat itu dari orang ketiga melalui WhatsApp mengatakan terdapat tohmahan dan cacian yang dikeluarkan menerusi FB berkenaan.
Beliau berkata, posting yang membabitkan empat pegawai itu benar-benar sudah melampaui batas menjatuhkan maruah dan integriti mereka selaku orang yang bertanggungjawab dan mencemarkan imej pasukan Pulau Pinang.
"Dalam posting itu turut menyatakan supaya empat pegawai terbabit berundur sebelum mereka (pemilik akaun FB) mengambil tindakkan dan itu berupakan unsur ugutan yang serius.
"Tohmahan ini bukan pertama kali diterima, tapi apa yang dikeluarkan baru-baru ini sudah melampaui batas dan kami rasa itu satu ancaman kepada pasukan," katanya ketika ditemui di IPD Timur Laut, semalam.
Pemilik akuan FB itu terbabit mendakwa empat pegawai persatuan itu penipu dan terbabit dalam kegiatan bookie, selain kelemahan mereka menyebabkan skuad Pulau Pinang menjadi pasukan belasahan dalam kempen Liga Super setakat ini.
Nasihat admin, berfikirlah 100 kali sebelum membuat apa-apa kenyataan kerana sekarang ini segala perilaku kita diperhatikan.
No comments:
Post a Comment