})();

nuffnang

20 April 2016

Harimau Kumbang Mampu Benamkan Selangor

Coach Manzoor Cabar Anak Buah Tundukkan Selangor


Sehebat mana pun Selangor, sekuat mana pun Selangor namun Pulau Pinang tidak pernah gentar. Pulau Pinang akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk aksi Liga Super 2016 kelapan malam ini.

Misi tiga mata Pulau Pinang berkunjung ketempat lawan malam nanti, Coach Mazoor Azwira Abdul Wahid mahukan semua pemain fokus  sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Peluang terbuka luas untuk kami mengambil kesempatan di mana Selangor kini bergelut dengan prestasi menjunam mereka dan masalah sesama pemain yang dilapurkan akhbar baru-baru ini, tapi kami tetap tidak memandang rendah kepada mereka.

"Memang daripada apa yang kita lihat, Selangor sedikit bergelut tetapi kita masih perlu menghadapi mereka. Itu perkara yang saya pesan kepada pemain-pemain semasa latihan agar mereka tidak terlalu yakin.

"Tambahan pula kami akan beraksi di tempat lawan di Stadium Selayang, memang saya akui rekod beraksi di luar Bandaraya kurang cemerlang, perkara ini lah yang menjadi perhatian saya dan mahu pemain fokus sepanjang 90 minit dan biar mereka yakin mampu catat kemenangan biar di mana sahaja mereka beraksi",  kata-kata Coach Manzoor di petik dari laman web Penang FA, semalam.
Hasrat beliau untuk menggandingkan dua pertahanan import, Brent Griffiths dan Reinaldo Lobo  tidak kesampaian berikutan Griffiths menghadapi masalah kecederaan pangkal peha yang agak serius.
Namun Lobo yang tidak beraksi dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan dilapurkan telah pulih dan kemungkinan akan diturunkan malam nanti untuk aksi dengan Selangor.


"Lobo boleh diturunkan pada perlawanan malam nanti menentang Selangor tapi sayangnya Griffths pula yang cedera dan mungkin terpaksa direhatkan selama seminggu dan mungkin tidak sempat beraksi menentang Selangor, manakala Azrul Ahmad (Cipeng) juga memerlukan beberapa minggu untuk pulih.

"Pun begitu saya tetap yakin dengan barisan yang ada sekarang tambahan pula kehadiran semula Fitri Omar dan Fauzan Dzulkifli yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kami malam nanti", kata Manzoor.



No comments:

Post a Comment