})();

nuffnang

16 April 2016

Kedah vs Johor Darul Ta'zim

Menjelang Sepak Mula Separuh Akhir Pertama Superpower Best Piala FA


Aksi perlawanan malam ini mendapat perhatian seluruh Malaysia disebabkan perlawanan melibatkan pasukan yang di  gelar All Star yakni JDT (Johor Darul Ta'zim. Yang boleh dikatakan pemain bintang Malaysia akan beraksi.

Tiket habis di jual seawal jam 11 pagi...45 ribu penonton bakal memenuhi Stadium Darul Aman malam nanti . Aksi yang bakal menghiburkan oleh anak-anak buah Tan Cheng  Hoe dan Mario Gomez dijangka menjadikan Darul Aman gegak gempita dengan sorakkan peminat masing-masing.

Warga Kedah yang menetap di Pulau Pinang sanggup ke Darul Aman seawal 5 pagi berbaris untuk mendapatkan tiket demi memberi sokongan buat pasukan mereka. Manakala penyokong Johor pula sudah pun tiba semalam di Alor Setar mengiringi Skuad JDT dengan hampir 20 buah bas yang di sewa.


Pertembungan Helang Merah dan Harimau Selatan akan berlaku sebanyak 2 perlawanan di Darul Aman iaitu Piala FA dan Liga Super...manakala Liga Super pusingan kedua di Larkin nanti.

Perebutan Piala FA antara PKNS dan Perak semalam menyaksikan seri 2-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Perak membawa pulang  2 gol yang selasa manakala PKNS terpaksa menang 3 gol tanpa bolos keatas Perak jika ingin layak ke pusingan seterusnya...

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran langsung yang dipancarkan oleh Tv9 perlawanan separuh akhir pertama Kedah vs JDT jam 9 malam nanti.


No comments:

Post a Comment