Pasukan Berstatus Kelab Dari Liga Perdana PKNS FC Catatkan Sejarah Sebagai Pasukan Ketiga Ke Final Piala FA Superpower Best Selepas Sime Darby Dan Felda United.
Membawa bekalan 2-2 berkunjung ke Perak untuk aksi saingan pusingan kedua Piala FA bukanlah sesuatu yang agak mudah bagi PKNS FC untuk mencatatkan kemenangan di tempat lawan. Namun semangat juang yang tinggi dengan tidak mengenal erti menyerah membuatkan mereka mara ke Final Piala Fa apabila menewaskan Perak dengan 2-1 dan agregat 4-3.
Misi kedua-dua pasukan yang memperkemaskan bahagian pertahanan dan jentera serangan di lihat amat berkesan apabila serangan-serangan dari kedua-dua pasukan berjaya dipatahkan.
Walaupun pengendali, E. Elavarasan hanya memberikan 50-50 untuk menang sebelum perlawanan berlangsung namun kegigihan jentera serangan mereka berjaya menggugat kealpaan benteng pertahanan Boss Gaurus .
Perak gagal manafaatkan bermain di tempat sendiri dan mempersia-sia dua gol yang di perolehi di tempat lawan dan penantian selama 11 tahun untuk ke pentas final itu cukup mengecewakan penyokong mereka.
Gol awal PKNS di perolehi melalui jaringan Matias Nicolas Hadwa dengan meledak gol pada minit keenam apabila tepat menanduk hantaran lintang Mohd. Farid Ramli yang menewaskan penjaga gol Perak, Muhd. Hafizul Hakim.
Tersentak dengan jaringan itu, Perak terus melancarkan serangan apabila gol tandukkan Nazirul Naim Che Hashim yang menyambung hantaran silang Eris Lewis berjaya menewaskan penjaga gol PKNS , G.Jevaaa dan mengikat kedudukan 1-1.
PKNS kembali meningkatkan asakkan ke kubu Perak dengan serangan-serangan pantas dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-69 hasil tandukan Juan Manuel Corbelli yang mendapat hantaran silang Mohd. Nazrin Syamsulbahri mendahului 2-1 akibat kealpaan benteng pertahanan Perak.
Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Ini bermakna PKNS FC akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas final yang di jangka akan berlangsung pada 14 Mei di Stadium Shah Alam.
No comments:
Post a Comment