})();

nuffnang

16 March 2016

The Red Giant Hampir Di Malukan

Kemenangan Pertama Selangor Hampir Diabaikan

Meraih kemenangan pertama dalam aksi kumpulan E, Selangor mengutip 3 mata berharga walaupun hampir tumpas di Stadium Bangabandhu, Dhaka semalam dengan keputusan 4-3.

Aksi kurang bertenaga anak-anak buah Zainal Abidin Hassan  ternyata memberi padah apabila pasukan Sheikh Jamal berjaya menjaringkan gol pertama, walaupun mereka tidak pernah menjaringkan gol pada mana-mana perlawanan lepas. Selangor dikejutkan dengan gol pembukaan pada minit ke-28 dengan tendangan deras dari Landing Darboe menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Terkejut dengan dengan jaringan itu, The Red Giants menggandakan asakan bertubi-tubi kearah gawang gol Sheikh Jamal dan gol penyamaan berjaya dijaringkan oleh tandukan Patrick Ronaldinho  pemain import Selangor pada minit ke-38.

R. Gopinathan berjaya meletakan Selangor dihadapan pada minit ke-53 yang menaikan semangat Red Giants kembali namun kegembiraan mereka hanya seketika bila pemain tuan rumah berjaya  menjaringkan gol penyamaan oleh Erneka Onuoha.

Selangor semakin longlai dan lemah bila pertahanan mulai goyah dan kurang konsisten. Kelonggaran pertahanan Selangor diambil kesempatan oleh Sheikh Jamal apabila gol ketiga mereka hadir apabila berjaya menyudahkan hantaran silang dan disudahkan oleh Kapten Wedson.

Semangat juang Selangor yang perlukan kemenangan telah membuatkan semua pemain melakukan serangan-serangan aggresif dan berjaya diadaptasikan apabila berjaya menyamakan kedudukan oleh penyerang dari Argentina, Olivi.


Gol penyamaan yang diperolehi seolah satu tonik yang disuntik kepada skuad The Red Giants yang terus mengganas melalui serangan bersilih ganti dari kiri-kanan, dan akhirnya Olivi berjaya meledakan gol ke-4 Selangor dan kedua milik peribadinya sekaligus memberi kemenangan kepada Selangor dengan membawa pulang 3 mata berharga.

Namun kemenangan ini tidak mengubah kedudukan Selangor yang kekal menghuni anak tangga ketiga dengan 4 mata dalam kumpulan E Piala AFC 2016.