The Red Giants Kini DiPersada Liga Super
Kemenangan membenam Sarawak 4-2 malam tadi di Stadium Perbandaran Selayang telah meletakan Selangor berada di rangking pertama Liga Super dan merampas tahta dari Felda United yang junam ke tangga ke-3.
Sebelum itu The Red Giants dikejutkan dengan gol awal Sarawak menerusi jaringan Junior minit ke-7 sebelum Gopinathan menyamakan kedudukan pada minit ke-25.
Gol kedua Selangor dihasilkan oleh pemain import Patrick Ronaldinho pada minit ke-28 sebelum beliau sekali lagi menambah gol pada babak kedua perlawanan di minit ke-56.
Azrif Nasrulhaq menambah derita Bujang Senang apabila menambah jaringan gol keempat minit ke-67 sebelum Sarawak mendapat gol keempat hasil jaringan Gilmar Da Silva.
No comments:
Post a Comment