})();

nuffnang

26 March 2016

Ong Kim Swee Puas Hati

Pengendali Bolasepak Malaysia Datuk Ong Kim Swee Lega Kalah 2-0 Kepada Arab Saudi

Walaupun kalah 2-0 kepada Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Datuk Ong Kim Swee berpuas hati kerana persiapan yang yang suntuk dalam menyediakan skuad Negara itu.

Berdasarkan persiapan serba ringkas dan ala kadar dalam tempoh 4 hari, pemainnya berjaya mengekang asakan bertubi-tubi Arab Saudi yang ingin menjaringkan gol yang banyak bermain ditempat mereka.

Taktikal bertahan yang diterapkan jurulatih berusia 46 tahun itu ternyata berhasil apabila pasukan tuan rumah kendalian bekas jurulatih skuad Piala Dunia Belanda, Bert Van Marwijk terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk merobek gawang Malaysia.

"Kita tahu Arab Saudi satu pasukan yang kuat dan mereka telah 10 hari lebih awal membuat persiapan. Saya tidak kata keputusan ini baik, kalah tetap kalah. Tapi kita berjaya menggagalkan lebih banyak gol dibolosi dan keputusan ini realistik. Apa yang mustahak kita belajar untuk bertahan selepas kalah dengan jaringan besar sebelum ini." Kata Kim Swee.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia terpaksa mengharungi pusingan Play-off pada Jun nanti untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia manakala pusinga Piala Dunia sudah pun lama terkubur.

Dalam perlawanan menentang Arab Saudi di stadium King Abdullah Sport City, Jeddah semalam menyaksikan Malaysia langsung tidak mampu mengawal bola dan memaksa Apek terpaksa bertungkus lumus menjaga gawang Malaysia, sedangkan penjaga gol Arab Saudi boleh makan angin kerana Malaysia tidak mampu melepasi ke petak panalti mereka.

Permainan Malaysia yang dilihat tidak setaraf Arab Saudi amat jauh berbeza rentak permainan dengan Malaysia dan kita hanya mampu bertahan. Bagi pendapat saya perkara ini amat memalukan sebab di tonton seluruh dunia dengan permainan corak bertahan, jangan la memberi alasan macam budak-budak sebab majoriti rakyat Malaysia boleh berfikir dengan baik dan logik.

Bolasepak Malaysia patut membuka peluang untuk jurulatih luar melatih skuad Malaysia kerana selagi jurulatih tempatan mutu permainan tetap sama.

No comments:

Post a Comment