Peluang Kedah Cerah Melakar Kemenangan Keatas Sabah Pusingan Pertama Suku Akhir Piala FA Super Power Best 2016
Kemenangan membenam Sabah semalam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2-1 malam tadi membuka ruang yang luas untuk Helang Merah melakar kemenangan di tempat sendiri semasa kunjungan Sabah ke Darul Aman pada 1 April nanti.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah dilihat sebagai peluang terbaik untuk Sabah memenangi perlawanan namun kegagalan jentera serangan Sabah yang terlalu tumpul dan kawalan bola yang goyah menerima padah pada perlawanan malam tadi.
Gol pertama Helang Merah berjaya dihasilkan oleh Bang Seung Hwan pada minit ke-39 dan gol kedua dihasilkan oleh Baddrol Baktiar pada minit ke-69. Gol Sabah pula berjaya di jaringkan oleh pemain import Igor Cerina pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Seawal babak pertama bermula skuad Badak membuat serangan awal bertubi-tubi ke gawang pelawat menerusi percubaan Leopold Otong pada minit kedua namun berjaya ditolak keluar oleh penjaga gawang Kedah, Farhan Abu Bakar.
Selang beberapa minit penyerang import Sabah, Prince Nnake sekali lagi membuat percubaan namun tendangan bola kencang terus ke dakapan Farhan.
Penyerang sensasi Kedah, Baddrol hampir meletakan pelawat dihadapan selepas pertembungan satu sama satu dengan penjaga gawang Sabah, Rozaime Rohim namun ditepis keluar pada minit ke-28. Badrol sekali lagi membuat tendangan kencang dalam kotak penalti namun bola itu sekadar menggegarkan palang gol pada minit ke-36.
Serangan bertubi-tubi dan asakan demi asakan yang dilakukan Kedah akhir membuahkan hasil apabila Bang Seung Hwan apabila menerima bola hantaran silang Syazwan Zainon.
Sekali lagi gawang Sabah digegarkan oleh sepakan kencang Baddrol pada minit ke-69 menyebabkan hampir 10,000 penyokong tuan rumah merasa kecewa dengan kegagalan pertahanan Sabah mengekang asakan Kedah.
Sabah berjaya memperolehi gol saguhati pada masa kecederaan separuh masa kedua hasil tandukan Cerina bila tendangan percuma diambil oleh Randy Baruh.
No comments:
Post a Comment