})();

nuffnang

15 March 2016

Pamoga Qu Puteh TRW Di Taja Bas

E-Mutiara Taja Bas Buat Kelantan

Menerima tajaan berterusan dan terbaru Konsortium E-Mutiara Berhad ( E-Mutiara) meneruskan lagi komitmen mereka dengan penajaan sebuah Bas Ekspres Mutiara kepada pasukan PQPTRW.

Pengerusi E-Mutiara Che Ibrahim Che Ismail berkata, penajaan bas dua tingkat itu untuk kegunaan skuad PQPTRW itu adalah sebagai sokongan pembangunan bolasepak Kelantan.

Bas dua tingkat yang berwajah baru ini akan dijadikan pengangkutan rasmi pasukan bagi saingan Liga Super, manakala bas yang sedia ada musim lepas akan digunkan oleh skuad junior iaitu Piala Presiden.

Majlis simbolik penyerahan telah diadakan semasa pada sesi rehat perlawanan antara Kelantan dengan Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad IV disini, sabtu lepas dan diterima oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Muhammad Nasir Hamzah.

No comments:

Post a Comment