})();

nuffnang

13 March 2016

Cub Prix - Buru Gelaran ke-3 Norizman

AAM Cub Prix Malaysia Petronas

Pelumba paling senior dalam kelas CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS Norizman Ismail sentiasa menggerunkan lawan bila kelibatnya ternampak dek kehebatan sebagai pelumba jentera underbone.

Mewakili pasukan pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu memiliki rekod cukup cemerlang dengan memenangi 2 kali sebagai juara kelas kelas perdana Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori Expert (2005) dan CP130 (2011).

Berusia 31 tahun, pelumba yang hebat ini akan terus memburu gelaran ketiga dalam kelas perdana dan sekaligus menyamai rekod milik Ahmad Fuad Baharudin yang mempunyai tiga gelaran dalam koleksinya termasuk kali terakhir dimenanginya pada tahun 2013 sebelum bersara.

" Tahun lalu agak mengecewakan apabila sekadar menamatkan musim ditempat kelima. Prestasi saya kurang konsisten, lebih kecewa apabila pencapaian terbaik saya hanya sekadar naib juara pada perlumbaan terakhir di Pasir Gudang", ujarnya.

Ramai pelumba-pelumba muda yang mengambil bahagian dalam kelas CP130 tidak boleh dipandang enteng dan salah seorang Kasma Daniel Kasmayudin yang mempunyai reputasi sebagai juara CP115 musim lalu serta Izzat Zaidi, juara CP115 musim 2014.

Ujian Masa Penentuan Petak:

CP130

1. Md Zaqhwan Zaidi.      48.879s
     Honda

2. Kasma Daniel                49.059s
     Yamaha

3. Md Hafiz Nor Azman  49.289s

4. Abd Muhaimin Roslan 49.344s
    Yamaha

5. Norizman Ismail           49.346s
    Honda

CP115

1. Tengku Amirul              49.661s
     Yamaha

2. Azroy Hakeem.            49.922s
    Honda

3. Mohd Harirth Farhan  49.999s
    Honda

4. Zaidi Md Zaifaizal.       50.051s
     Yamaha

5. Md Fareez Afeez.        50.061s
     Yamaha

WIRA

1. Md Shafiq Ezzariq.      50.012s
    Honda

2. Md Qhuwarismi            51.170s
    Yamaha

3. Md Afizi Supaat.           51.560s
     Yamaha

4. Saiful Azhary                 51.986s
     Honda

5. Md Anuaribrahim.        52.011s
    Honda