})();

nuffnang

03 March 2016

D'Herbs Bakal Taja Helang Merah

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman 95% Selesai Rundingan Dengan KFA

"Jangan risau saya tidak akan minta Kedah cat Stadium warna hijau tetapi mahu pemain beraksi hebat dan penyokong sentiasa memenuhi Stadium", kata Datuk Aliff.

Tiada syarat yang pelik akan diletakan kepada Persatuan Bolasepak Kedah(KFA) oleh pengasas produk kecantikan jenama D'Herb Healthy Sdn Bhd(D'Herbs), jika kerjasama kedua pihak mencapai kata sepakat.

Beliau enggan mengulas jumlah yang bakal ditaja kerana mengambil pengajaran yang pernah ditempuh semasa berurusan dengan beberapa persatuan bolasepak lain sebelum ini yang membuatkan beliau lebih berhati-hati.

"Saya pernah dikecam hebat dan dihina sebelum ini kerana syarat-syarat yang cuba ditetapkan tetapi untuk Kedah tidak meletak syarat dan menanti apa yang boleh pasukan kedah berikan kepada saya untuk saya pertimbangkan nanti. Pasukan Kedah amat unik dengan semangat kenegerian  yang bagus dan ketelusan persatuan yang mencapai tahap maksima. Secara jujur saya tidak meminta apa-apa", katanya kepada wartawan sidang media selepas perlawanan Kedah dengan Kelantan di Stadium Darul Aman.

Beliau mendapat undangan perlawanan tersebut yang menyaksikan Kedah menang 2-1 ke atas Kelantan. Beliau amat teruja dengan semangat juang yang tinggi oleh pemain-pemain Kedah disamping sokongan padu peminat Hijau Kuning yang sentiasa membanjiri Stadium Darul Aman.

No comments:

Post a Comment