})();

nuffnang

15 March 2016

Selangor Wajib Menang - AFC

Kemenangan Sahaja Ruang Untuk Selangor Terus Bersaing AFC

Tiada jalan lain lagi buat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan, Selangor dan kemenangan sahaja yang bakal membawa mereka ke saingan seterusnya.

Menjelang perlawanan AFC kumpulan E malam nanti, Selangor akan menentang kelab Bangladesh Sheikh Jamal Dhanmondi Club bagi menghidupkan peluang mereka.

Biar pun saingan masih di peringkat awal namun jurulatih Red Giants Zainal Abidin Hassan percaya anak buahnya perlu segera bangkit dalam aksi di Stadium Nasional Bangabandhu, Dhaka selepas mengutip satu mata dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Misi malam ini adalah mengutip
mata penuh walaupun ramai pemain tak dapat beraksi akibat kecederaan namun kita yakin pemain lain masih mampu melakukanya.

Menyulitkan lagi apabila tonggak utama Ahmad Hazwan Bakri, Robert Cornthwaite dan Andik Vermanshah terpaksa disisihkan akibat kecederaan manakala perancang utama Hafiz Kamal digantung satu perlawananan.

"Untuk menghidupkan peluang kami harus menang", kata Zainal .

Nota: Siaran Langsung melalui siaran TV9 jam 8.25 malam nanti.

No comments:

Post a Comment