})();

nuffnang

03 March 2016

Pemain Bolasepak Malaysia Kaya Raya

Safee Sali Jutawan Bolasepak

Kalau dulu semasa zaman kanak-kanak saya sering bermain bolasepak, kalau nak kan padang yang besar kena cari padang sekolah rendah. Masa itu masih lagi disekolah rendah dan kemudahan infrustruktur amat kurang jadi kami terpaksa gunakan "Bendang" aka sawah padi yang dah tak digunakan lagi sebagai padang bola.

Kalau padang bola yang dikhaskan jangan harap la sebab semua di monopoli oleh orang dewasa. Saya sejak zaman sekolah rendah lagi memang meminati sukan dan ketika itu sukan bolasepak dan takraw sahaja yang "favorite", kalau nak dibandingkan sekarang ini.

Setelah remaja masuk sekolah menengah saya aktif bermain bolasepak dan pernah menghadiri pemilihan mewakili sekolah di High School B.Mertajam dan kini dikenali Sekolah Tinggi B.Mertajam. Akan tetapi guru sukan lebih cenderung membuat pilihan kepada mereka yang pernah mewakili sekolah rendah dahulu makanya saya gagal merealisasikan impian.

Kemudian masuk alam pekerjaan saya terus aktif bermain bolasepak dan berjaya mewakili Unit dalam Perkhidmatan tentera iaitu Kor Kesihatan Diraja, semasa berada di 3 Batalion Perubatan Kluang, Johor dan bermulalah detik kegemilangan saya dalam sukan bolasepak sehingga kami berjaya mara ke peringkat Unit-Unit Kecil Tentera Darat Malaysia .

Bolasepak dahulu dan sekarang cukup berbeza, kalau dulu kita minat pasukan Eropah atau Liga Inggeris dan hanya mampu membaca akhbar serta membeli stiker pemain yang kita idolakan namun tak pernah sekali pun menonton mereka bermain. Kami hanya tahu pasukan seperti Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Barcelona yang sudah wujud sejak berzaman lagi.

Kini segalanya telah dapat direalisasikan dengan perkembangan teknologi dan kemajuan Malaysia dengan adanya TV dan Astro maka masyarakat di Malaysia dapat menonton secara langsung dari TV.

Semalam Astro ada menayangkan idola bolasepak Negara, Safee Sali yang hidup dalam serba dengan memiliki kediaman mewah berharga jutaan ringgit. Bolasepak Malaysia semakin kehadapan dan bayaran gaji pemain pun sudah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Dari apa yang pernah saya baca gaji Safee Sali pun RM120,000 sebulan dan kalau saya salah maafkan saya.

Jadi siapa cakap main bolasepak tak boleh hidup mewah. Kalau minat anak-anak ada biar mereka teruskan kerana Bplasepak sekarang adalah sumber pekerjaan yang lumayan.


No comments:

Post a Comment