})();

nuffnang

09 March 2016

Selangor Kecundang AFC

The Red Giants Gagal DiTempat Sendiri Pada Aksi Saingan Kumpulan E Piala AFC

Ramai yang mempertikaikan tindakan Coach Zainal Abidin Hassan yang tidak menurunkan tonggak utama dalam kesebelasan utama adalah punca kekalahan malam tadi dengan Kelab dari Singapura itu pada perlawanan kumpulan E Piala AFC yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Selangor kini menghuni di tangga ke-3 akibat kekalahan tersebut manakala skuad bimbingan V Sundramoorthy (Tampines Rovers) berada pada kedudukan teratas Kumpulan E selepas meraih enam mata dari dua perlawanan sehingga kini.

Percaturan Zainal Abidin ternyata silap bila skuadnya sekali lagi kempunan meraih 3 mata dilaman sendiri untuk saingan tersebut apabila tewas 1-0 ditangan Tampines Rovers.

Walaupun sekadar mengutip satu mata dari 2 perlawanan namun Selangor tetap yakin mampu mara lebih jauh lagi. Mereka masih mempunyai 2 perlawanan lagi, ujar Zainal.

No comments:

Post a Comment