Cukup Membanggakan Malaysia
Nur Syazrin menjadi pelayar wanita pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik Rio menjadi kebanggaan seluruh rakyat.
Kejayaan beliau membolot slot ke temasya Olimpik yang penuh berprestij Ogos nanti menjadikan sejarah sukan pelayaran buat atlet wanita ketika sandaran hanya diletakan pada pelayar lelaki.
Ketua Pegawai Eksekutif Pelayaran Malaysia Mazlan Othman berkata, setakat ini belum ada nama yang disenaraikan dan mereka akan melihat siapakah yang betul-betul layak dan mereka berhak menyenaraikan mana-mana pelayar yang dirasakan layak untuk beraksi di temasya sukan Olimpik Rio nanti.
Khairulnizam Afendy yang muncul juara kategori Laser Standard Lelaki juga layak selain Syazrin, yang memenangi kejohanan Perahu Layar Persekutuan Pelayaran Asia (ASAF) di Abu Dhabi dari dari 5 hingga 12 Mac lalu.
Pastinya nama Khairulnizam dan Syazrin berada dalam senarai utama berikutan prestasi ditunjukan mereka ketika si Abu Dhabi.
No comments:
Post a Comment