})();

nuffnang

17 March 2016

Laluan Mudah Buat JDT- Piala AFC 2016

Johor Darul Ta'zim Mengganas Lagi Benam Lao Toyota

Seperti yang telah digambarkan oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia dan pakar-pakar Malaysia, JDT dengan mudah meratah wakil Laos Lao Toyota 3-0 dalam saingan Piala AFC yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus , Larkin malam tadi.

JDT yang diletakan dalam Kumpulan H kini selangkah menjadi juara Kumpulan dan berbaki 3 perlawanan lagi mereka hanya memerlukan 3 sahaja mata lagi.

Seawal babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup hambar dan meresahkan ribuan penonton yang rata-rata adalah penyokong The Southern Tiger.

Mohd Amirul Hadi hampir-hampir menceriakan skuad JDT pada minit ke-14 dengan tendangan leret ke gawang Lao Toyota namun leretan bola hanya tersasar sipi penjuru kanan tiang gol.

Gandingan Safee Sali dan Amri Yahya masih belum cukup untuk mencemaskan pertahanan lawan, setiap serangan yang dilakukan dengan mudah dipatahkan. Safee Sali terlepas peluang keemasan selepas tendangan sudut oleh Mohd Amri Yahya apabila melonjak tinggi menanduk bola namun gagal merobek gawang ketika penjaga gol Vatthana Kaoduangdeth sudah pun tertewas.

Ketika perlawanan berbaki lima minit Mohd Nazri berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil, Hanna Hattab dari Syria kerana berada dalam posisi ofsaid.

Kepincangan jentera serangan JDT dapat dihidu Mario Gomez dengan mengeluarkan Mohd Nazrin dan memasukan Pereyra Diaz dan turut memasukan Safiq Rahim pada minit ke-54.

Akibat kegagalan pertahanan Lao Toyota yang dengan sengaja memegang bola dengan tangan pengadil tidak teragak-agak memberikan kad merah dan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT, Safiq Rahim dengan mudah berjaya menyumbat gol pertama JDT.

Terjahan keras Phatthana ke atas S Chanthuru dalam kotak penalti pada minit ke-72 mengundang padah sekali lagi apabila JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan sekali lagi Safiq Rahim berjaya menyempurnakan tugas tersebut untuk menberikan gol kedua buat JDT. Keceriaan penyokong The Southern  Tiger diteruskan lagi dengan jaringan Mohd Amri pada minit ke-87.

No comments:

Post a Comment