})();

nuffnang

14 March 2016

Tangan Hitam Main Yo Yo- Dato Vida

Saya Tahu Siapa Punya Angkara- Dato Vida

Pendedahan Penasihat Bolasepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berkenaan campur tangan individu dalam skuad Kelantan sebagai Tangan Hitam.

Malah, Dato Vida sedar campur tangan individu itu dalam pengurusan bolasepak Kelantan telah lama berlaku sebelum beliau menjadi penaja pasukan namun tidak menjangka keadaan menjadi semakin teruk kebelakangan ini sehingga menjejaskan prestasi kempen Liga Super sekarang ini.

Kafa perlu mengambil tindakan tegas atas perkara ini dan beliau mencadangkan agar diadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu ini.

"Tangan hitam itu bukanya dikalangan orang Kafa",ujar beliau. Tapi kita harus memberikan keutamaan yang serius dalam hal ini, katanya lagi.

Pendedahan oleh Utusan Malaysia 12 Mac lalu melaporkan, seorang pemain skuad Kelantan mendedahkan ada tangan hitam mencampuri urusan pengurusan skuad Kelantan sehingga ada pemain yang kurang selesa dan menyebabkan persembahan yang hambar setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).


Namun Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa menafikan wujudnya campur tangan pihak luar yang tidak berkelayakan hingga menyebabkan persembahan hambar pasukan Kelantan.

Walaubagaimanapun Datl Vida enggan mendedahkan siapakah yang di maksudkan tangan hitam itu kerana di khuatiri akan menjejaskan pentadbiran Kafa.

No comments:

Post a Comment