})();

nuffnang

10 March 2016

JDT Ganas

Harimau Selatan(JDT) tunjuk taring di India....

Safiq Rahim pemusnah Bangaluru...berjaya menjaringkan gol pada saingan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Sree Kanteerava.

Penyerang Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim membuktikan bahawa beliau memang pakar sepakan percuma di Malaysia selepas memastikan JDT pulang dengan tiga mata berharga bila berjaya menjaringkan gol keemasan  dengan menang tipis 1-0 keatas JSW Bengaluru.

Gol tunggal hasil sepakan Safiq di penjuru kanan pintu gol Bengaluru yang merupakan gol keempat beliau dalam saingan AFC sudah cukup membuatkan pengendali JDT, Mario Gomez tersenyum lega. Sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan 6 mata dan berada dikedudukan teratas kumpulan H.

Keputusan itu juga menyaksikan anak buah Ashley Westwood gagal membalas dendam keatas JDT selepas mereka pernah ditewaskan pada pusingan pertama kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim lepas.

JDT memperolehi gol kemenangan pada babak kedua permainan selepas babak pertama dilihat kedua-dua pasukan bermain agak hambar dan berhati-hati.

Harimau Selatan yang telah menemui rentak permainan pada babak kedua bermain dengan penuh aggresif  sehinggalah pengadil memberikan sepakan percuma pada minit ke-54, sepakan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim berjaya menewaskan penjaga gawang Bengaluru, Ralte membolehkan JDT menang 1-0.

Lain-Lain Keputusan:

Bengaluru 0 - 1 JDT
Ayeyawady 4 - 2 Lao Toyota

No comments:

Post a Comment