})();

nuffnang

06 March 2016

The Gunners Sekat Tottenham Hots

Alexis Sanchez Ranap Impian Spurs

Jaringan pada minit ke-67 oleh Alexis Sanchez meranapkan impian Tottenham untuk merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila diikat 2-2 oleh Arsenal di White Hart Lane malam tadi. Mereka gagal menggunakan peluang walaupun beraksi dengan 10 orang pemain lawan.

Spurs kini kekal ditangga kedua dengan 55 mata selepas 29 perlawanan. The Gunners menunjukan semangat juang yang cukup tinggi untuk mengelakkan kekalahan berturut-turut dan kini kekal ditangga ketiga dengan 52 mata.

The Gunners berjaya membolosi gol Spurs pada minit ke-39 hasil tolakan kaki kanan Aaron Ramsey. Hantaran cantik dari Hector Bellerin berjaya dimanafaatkan oleh Ramsey.

Tekanan pada Arsenal mula dirasai apabila Francis Coquelin dilayangkan kad merah pada minit ke-55.

Manakala Spurs bijak menggunakan peluang yang ada apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil tendangan padu Toby Alderweireld pada minit ke-60. Kemudian Arsenal terus ditekan apabila gol kedua Spurs hadir pada minit ke-62 hasil jaringan cantik Harry Kane, bintang penyerang England.

Perlawanan dilihat seakan berakhir dengan kemenangan Spurs dan penonton mulai bersorak tetapi kelincahan Sanczhez sekali lagi mengecewa tuan rumah dan ribuan penyokong mereka bila berjaya menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-67.

No comments:

Post a Comment