Siapa bakal Jurulatih Pahang Bakal Terjawab !!
Status siapa bakal Ketua Jurulatih Pahang yang menjadi teka teki skuad Pahang terus menjadi tanda tanya selepas Ahmad Shaharuddin Rosdi menamatkan tugasan bersama Skuad Tok Gajah.
Pahang perlu mendapatkan dengan segera samada Jurulatih tempatan mahu pun import jika tidak mahu tersingkir dari saingan Liga Super ketika ini merupakan pasukan paling tercorot.
Impian mereka dalam Piala Malaysia juga bakal terkubur jika tidak bangkit semula dan kemenangan berganda Piala Malaysia musim 2013 dan 2014 bakal menjadi kenangan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzemi Ibrahim berkata, setakat ini tiada kata putus dibuat dan kami akan mengumumkanya bila tiba masa nanti. 4 individu sudah berada dalam senarai PBNP kini.
Apa yang pasti pengendali baru harus lebih mantap dan mampu membawa satu keajaiban dalam Bolasepak Pahang.
No comments:
Post a Comment