})();

nuffnang

14 March 2016

JDT Korner Baring

Pintas Felda Diselekoh, JDT Di Persada Liga Super

Johor Darul Ta'zim (JDT) kini merampas kembali tahta Liga Super dari Felda United yang hanya bertahan tidak sampai 15 jam apabila berjaya memusnahkan impian PDRM mengulangi kecermerlangan semasa menewaskan Selangor dalam saingan Piala Fa minggu dengan 2-0.

Harimau Selatan menghuni tangga teratas Liga dengan 13 mata dan Felda United 12 mata.

Perlawanan pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal mendapatkan sebarang gol hingga tamat permainan.

Bersambung babak kedua JDT dilihat lebih aggresif menggasak kubu The Cops sehingga gol pertama berjaya dihasilkan oleh sepakan penalti Safiq Rahim pada minit ke-49.

Gol kedua JDT hadir pada minit ke-77 hasil tendangan kecang  penyerang import mereka Jorge Pereyea Diaz.

No comments:

Post a Comment