})();

nuffnang

13 March 2016

Regu Badminton Negara Gagal

Impian Lebur Kecundang Kepada Beregu Jepun

Harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia terkubur bila regu badminton Negara, V.Shem dan Wee Kiong gagal meneruskan kemaraan apabila kalah di tangan beregu Jepun Hiroyuki Endo-Keneichi Hayakawan di Arena Barclaycard, Birmingham semalam.

Ditumpaskan straight set 13-21,15-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 43 minit dan terlepas peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya beraksi di pentas akhir buat kali pertama.

V Shem-Wee Kiong kini menghuni tangga ke-16 dunia dalam usaha memberikan persembahan terbaik di mana-mana kejohanan untuk memastikan mereka layak ke Sukan Olimpik Rio 2016.