})();

nuffnang

08 March 2016

The Pocket Rocket Man Hebat

Azizul Hasni Layak Ke Olimpik Rio


Layak ke Rio, suka dan duka Azizol Hasni terpaksa tempuhi walaupun sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di London .

Pelumba anak jati Terengganu itu berkata, memang menunggu peluang untuk mendapatkan jersi pelangi selaku juara dunia dan pemegang pingat emas sejak 2007 apabila memasuki program elit basikal trek yang berpengkalan di Melbourne, Australia.

Sebelum pertandingan beliau pelbagai masalah dan terpaksa berehat dan meninggalkan latihan selama empat hingga 5 minggu gara-gara kecederaan ketika latihan dan jangkitan virus," katanya.

Saya juga yakin dan percaya banyak rahsia tersimpan yang hanya Allah maha mengetahui dan saya bersyukur serta berserah kerana Allah telah merancang sesuatu dengan kelayakan ke Rio.

Jurulatih John Beasley banyak membantu saya dan beliau menitiskan air mata ketika sejurus selepas penyampaian hadiah dan beliau yakin dengan baki 20 minggu untuk membuat persediaan ke Rio, saya pasti akan mencapai prestasi kemuncak yang maksimum ketika itu.

No comments:

Post a Comment