})();

nuffnang

29 March 2016

Bekas Pemain Kedah Kecewa

Kami Kecewa Dipinggirkan

"Mereka sudah lupa setiap penat lelah dan jerih yang pernah kami sumbangkan buat pasukan Kedah. Bukanya layanan VVIP yang kami minta, cukuplah sekadar dapat masuk stadium secara percuma" kata legenda Hijau Kuning Nor'azam Ishak.

Pepatah pernah berkata buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Adakah itu benar dan boleh dipakai. Inilah apa yang berlaku kepada bekas pemain bolasepak Kedah . Segala pengorbanan yang pernah mereka curahkan sejak dahulu, kini bagaikan dipandang sepi.

Slogan "Biar Jasa Jadi Kenangan", kini dipersoalkan Logo yang tertera yang pernah ditanamkan dalam diri setiap pemain agar-agar bermati-matian beraksi demi yang dicintai.

Mereka yang terdiri dari 200 bekas pemain Kedah sedang menantikan apa yang Persatuan Bolasepak Kedah(KFA) akan lakukan demi mengenang jasa mereka yang pernah memerah keringat buat Hijau Kuning suatu ketika dahulu.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (Kefa), Mohd Faridzul Kassim berkata, beliau berharap yang KAFA akan menjadi pasukan pertama dalam mengenang jasa bekas pemain dengan pengiktirafan yang sesuai.

Menurut beliau lagi, kebanyakan pasukan di negara maju tidak pernah meminggirkan bekas-bekas pemain, malah mereka diberi pas percuma menonton perlawanan bolasepak.

"Di negara maju, mereka menyediakan satu sudut khas buat legenda mereka hadir menonton perlawanan tanpa memerlukan tiket yang sepatutnya telah lama berlaku di Malaysia dan juga Kedah.

" Kita cakap yang Liga Malaysia sudah maju kehadapan setaraf dengan Luar Negara namun hakikatnya hampeh. Cakap tak serupa bikin"

Kefa pernah menghantar permohonan pas masuk percuma buat bekas-bekas pemain pada tahun 2013, namun dipandang sepi oleh KFA.

Beliau menerima banyak rungutan daripada bekas-bekas pemain Kedah yang masih berminat dan bersemangat menonton aksi perlawanan di stadium namun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan tiket. Kini hampir kesemua pemain Kedah tawar hati untuk ke stadium kerana tiada keistemewaan yang diberikan kepada mereka sebaik sahaja menggantung "boot".

"KFA sepatutnya terus berhubung dengan meraka dari masa ke semasa untuk meminta pandangan atau membentuk satu badan khas diwakili bekas pemain untuk memantau bakat baru. Kami masih mempunyai pengaruh yang kuat, itu mesti KFA ingat. Orang ramai lebih tertarik jika sesuatu acara dilakukan dengan kehadiran Lagenda Bolasepak Kedah", ujar beliau lagi.

Jelas Mohd Faridzul, KFA wajar untuk muncul sebagai pasukan yang hebat bukan sahaja dalam bolasepak tetapi juga soal kebajikan bekas pemainya.

Bagi saya penulis blog ini, contohi ATM yang sentiasa menjaga kebajikan bekas anggotanya yang telah bersara.


Logo Persatuan Bolasepak Kedah yang diguna pakai tetapi tidak di praktikan dan ini amat mengecewa legenda Hijau Kuning...KFA jangan dok diam saja...turun padang tengok tengokan masalah depa.

No comments:

Post a Comment