Idamkan 3 mata penuh di Kelantan
Misi 3 mata terus menjadi idaman The Panthers menjelang saingan liga Super Sabtu ini berkunjung ke Stadium Sultan Mohammed ke-IV Kota Bahru.
Kehadiran semula tonggak penyerang, Mohd Faiz Subri menberi suntikan buat anak buah Mamu Jekson Tiago untuk menebus kekecewaan selepas sekadar seri 1-1 dengan The Bos Gaurus minggu lepas.
"Kami tidak akan mengulangi apa yang telah berlaku dengan Perak dan kami akan menguatkan dan menajamkan jentera serangan apatah lagi kini penyerang berbisa kami Faiz Subri telah pulih dari kecedeeaan sepenuhnya", ujar Mamu Jekson .
Beliau enggan mengulas lanjut berkenaan kekalahan itu namun akan menjadikan perlawanan dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors sebagai mangsa seterusnya biarpun bermain di tempat lawan dengan ribuan penyokong mereka.
"Kami kini sedang menjalani latihan yang intensif untuk menyiapkan barisan terhebat bagi menggegarkan pintu gawang mereka. Dengan usaha yang gigih kami mampu melakar kemenangan." Kata beliau lagi.
"Fokus utama adalah pada bahagian serangan untuk mempertajamkan lagi dan posisi sayap serta pertahanan yang perlu diperkukuhkan lagi", ujar Mamu Jaksen.
Kami sentiasa menghormati lawan kami dan setiap kelemahan akan di kaji dan dibetulkan......
Hariaaaaaaa Penang Hariaaaaa
No comments:
Post a Comment