Datuk Nicol Ann David Mara Ke Suku Akhir Skuasy Terbuka British
Dengan misi memburu kejuaraan keenamnya Datuk Nicol berjaya mara ke suku akhir Terbuka British bermakna seleranya untuk bergelar juara masih belum hilang.
Datuk Nicol yang berada pada rangking kedua dunia mengetepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7,11-6 di pusingan kedua di Arena Airco dalam masa 27 minit.
" Pemain yang menentang saya menunjukan kebangkitan pada setiap pusingan dan ini amat menarik dengan memaksa saya bekerja lebih keras lagi untuk menang. Namun saya gembira bila diberi tentangan tadi"
" Saya mulai serasi pada setiap perlawanan dan dapat menguasai gelanggang, saya gembira menang 3-0 tadi"
" Saya dianggap sebagai underdog dalam kejohanan ini dan itu lebih baik bagi saya kerana tiada tekanan dalam usaha saya itu", kata Datuk Nicol.
Datuk Nicol akan menentang Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-5, 11-5, 11-9.
No comments:
Post a Comment