})();

nuffnang

24 March 2016

Harimau Denak Garang - Skuad B22 Malaysia

Skuad  Bawah 22 Tahun Malaysia Hebat

Ujian pertama Benhardt lulus, itu yang dilaporkan oleh media-media Malaysia dan pujian keatas Skuad B22 Kebangsaan membenam Skuad B22 Filipina 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Frank Benhardt yang memikul tugas sebagai pengendali Projek Sukan SEA Bolasepak Malaysia B22 dilihat mampu merealisasikan impian warga Malaysia untuk melihat kemajuan Bolasepak Malaysia ke persada antarabangsa. Kemenangan selesa itu dilihat permulaan yang baik untuk Jurulatih dari Jerman yang telah dilantik Disember lepas.

Apa pun ianya masih terlalu awal untuk pujian diberikan buat Skuad B22 negara kerana aksi malam tadi dilihat Filipina gagal memberi cabaran dengan aksi lemah permainan mereka.

Malaysia masih perlu memperbaiki dari segi posisi jentera serangan kerana gagal menyempurnakan jaringan walaupun mempunyai peluang dan perkara ini sukar jika kita bertemu lawan yang lebih hebat seperti Thailand dan Vietnam.

Aksi-aksi serangan dan taktikal yang dipersembah Skuad Projek Sukan SEA 2017 boleh juga dipuji terutamanya menerusi gerakan pantas pemain sayap kanan Nur Syamie Iszuan Amin mampu mengkucar kacirkan pertahanan Filipina.

Larian yang pantas dilakukan pemain dari Sarawak itu berjaya menghasilkan gol kedua Malaysia yang dijaringkan S Kumaahran (Kelab Pulau Pinang) pada minit ke-30 selepas Arif Farhan Isa membuka tirai gol awal pada menerusi tendangan deras pada minit ke-19.

Benhardt banyak melakukan pertukaran untuk memberi peluang kepada setiap pemain menimba pengalaman pada peringkat Antarabangsa. Namun Malaysia masih mampu menghasilkan gol pada babak kedua perlawanan menerusi pemain gantian N.Thanabalan, minit ke-65  penalti jaringan Farhan Roslan minit ke-75.

Filipina pulang dengan gol saguhati melalui sepakan penalti John Christopher Kanayama minit ke-73 selepas kekasaran dilakukan Arif Farhan.

Perlawanan seterusnya untuk Skuad Projek Sukan SEA 2017 akan berlangsung di Paroi ( Stadium Tuanku Abdul Rahman) menentang Skuad B22 Nepal pada 27hb Mac 2016( Ahad).

No comments:

Post a Comment