})();

nuffnang

08 March 2016

Red Giant Yakin Peluang Tebus Kecewa

Zainal Mahu Anak Buah Bangkit Dari Mimpi

Malam nanti akan berlansung pertemuan dengan kelab Singapura, Tampines Eovwr di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan Piala AFC. Ini merupakan medan terbaik Selangor menebus kekecewaan selepas tersingkir dari saingan Piala FA.

Pahang wajib menang ke atas Tampines untuk membuka peluang lebih luas dalam usaha mereka melepasi peringkat kumpulan E saingan AFC.

Zainal mahu semua pemain melupakan segera kekecewaan di Piala FA selepas tewas kepada PDRM 1-2 Jumaat lepas. Selangor harus manafaatkan peluang bermain ditempat sendiri.

Selangor amat memerlukan 3 mata penuh malam nanti setelah sekadar seri 2-2 berdepan Ceres FC dari Filipina, pada 23hb Februari lepas. "Kami sangat serius pada perlawanan malam nanti dan amat memerlukan 3 mata dan kami tidak akan sesekali mensia-siakan perlawanan di gelanggang sendiri.

"Kami harus lupakan kekalahan dengan PDRM, itu yang paling penting. Walaupun jadual kami padat, namun ia tidak menjejaskan tumpuan kami pada misi Piala AFC ", ujar Coach Zainal semasa sidang media semalam.

" Moral semua pemain kini berada pada tahap terbaik. Kekalahan diawal musim kepada PDRM memberi suatu pengajaran kepada kami untuk memperbaiki kelemahan,"katanya.

No comments:

Post a Comment