Bantu The Three Lion Benam Jerman
Jamie Vardy memberi tuah buat England apabila menjaringkan gol dengan kuisan tumit kaki selepas dimasukan mengganti Danny Welbeck pada minit ke-72.
Penyerang sensasi dari Leicester City itu membuat jaringan cantik menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Eric Dier menanduk kencang menghasilkan gol kemenangan England dalam aksi persahabatan dengan Juara Piala Dunia, Jerman di Berlin semalam.
Jerman terlebih dahulu mendominasi permainan dengan mendahului 2-0 melalui jaringan Toni Kross dan Mario Gomez, namun penjaring gol dunia terbanyak Harry Cane merapatkan jurang gol.
England dikatakan bakal menjadi juara Piala Dunia 2016 dan senarai pilihan utama dan no.1 dalam undian majalah sukan dunia. Namun pengendali England Roy Hodgson berharap pemainya akan terus merendahkan diri dan jangan tertalu bangga dengan kemenangan semalam.
England sehingga kini telah memenangi 6 dari 9 perlawanan menentang Jerman di Berlin, manakala baki 3 perlawanan lagi seri.
Pertemuan semalam menyaksikan Hodgson memberi penampilan sulung kepada pemain kiri Tottenham, Danny Rose dan Gary Cahill dipertanggungkan sebagai ketua pasukan buat pertama kalinya ekoran ketiadaan Wayne Rooney.
Stadium Olympia menyaksikan kehadiran 71,000 penonton yang kehabisan tiket online dua hari sebelum permainan.
Dalam 2 perlawanan persahabatan lain pula, Poland membelasah Findland 5-0 di Warsaw. Austria menewaskan Albania 2-1. Hungary seri 1-1 dengan Croatia dan Kazakhstan menang tipis 1-0 dengan Azerbaijan.
Rusia pula menewaskan Lithuania 3-0 dalam persiapan menuju Euro 2016.
No comments:
Post a Comment