})();

nuffnang

07 March 2016

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA

Pusingan Suku Akhir Piala FA

Jadual perlawanan Piala FA peringkat suku akhir telah pun diketahui dan 4 perlawanan akan berlangsung menyaksikan 8 pasukan akan berentap merebut Piala FA. Edisi kali ini menyaksikan 4 pasukan dari kelab dan 4 pasukan negeri terlibat.

Suku akhir pertama akan berlangsung pada 18 dan 19 Mac dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 1 dan 2 April 2016.

Pasukan yang terlibat adalah seperti dibawah:

PDRM vs JDT

Kedah vs Sabah

PKNS FC vs Sime Darby FC

Kuala Lumpur vs Perak



Polis akui hadapi laluan sukar bila undian The Corp akan menentang juara AFC dan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan suku akhir Piala FA nanti, namun kejutan melakar kemenangan bakal dilakukan.

Mohd Pauzi Pilus,jurulatih PDRM berkata, walaupun diundi dengan pasukan yang hebat seperti JDT tetapi beliau tetap yakin kemampuan anak-anak buahnya. Walaubagaimana pun memanglah sesuatu yang agak sukar bagi kami menewaskan mereka tetapi sesuatu yang mengejutkan pasti berlaku dengan perancangan dan keputusan yang tepat bakal merubah permainan, ujarnya.
Ditanya apakah strategi yang bakal dilakukan oleh wartawan , secara berseloroh beliau menjawab, " lawan sahaja sampai habis".

Laluan mudah bagi Kedah bila undian keputusan menyaksikan Kedah akan menentang Sabah yang merupakan pasukan ke-2 tercorot Liga Perdana 2016 setakat 4 perlawanan yang sudah berlangsung.

Kuala Lumpur yang merupakan pendahulu Liga Perdana diundi menentang Perak yang dilihat sedang bergelut dalam saingan Liga Super, manakala Sime Darby akan menentang PKNS FC.


Ketua Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharudin Rosdi dan pemain import mereka akan dinilai semula berikutan keputusan hambar Skuad Tok Gajah dalam liga Super yang menjunam ke tangga terakhir dan tercorot liga Super 2016.


CEO Skuad Pahang FC Fahrizal Hassan yang dikecam hebat peminat-peminat dan tekanan dari pihak pengurusan meletakan jawatan secara drastik.
Beliau memuat naik keputusan mengundurkan diri dilaman facebooknya semalam. Dan keputusanya itu diterima baik oleh Pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment