})();

nuffnang

04 March 2016

Liverpool Vendeta

Liverpool Balas Dendam Manchester City
Kekalahan pada 2 perlawanan lepas membuatkan Liverpool menjadi singa yang dahagakan mangsa dengan membelasah Manchester City 3-0 dalam saingan Liga Inggeris(EPL) sekali gus membalas dendam dikalahkan MC dalam perlawanan akhir Liga Inggeris minggu lepas.
Kami telah berazam menewaskan Manchester City dan bercakap soal ini selepas kalah dengan mereka pada final Piala Liga Inggeris sebagai menunjukkan kekecewaan kami.."kata Jurgen Kloop", Pengendali The Reds.
"Kesebelasan pemain menunjukkan sikap yang positif dan nampak semangat juang mereka yang cukup tinggi dan kami cukup puas mampu menewaskan mereka dengan jaringan yang banyak tanpa dibolosi', kata Kloop lagi
3 bintang bintang The Reds yang menjaringkan gol adalah Adam Lallana, James Milner dan Robert Firmino di Stadium Anfield.
Kegagalan City menandingi kehebatan Liverpool yang menyaksikan The Reds lebih banyak menguasai permainan bila wisel dibunyikan. Inilah gambaran kekecewaan kami bila mereka menewaskan kami pada Piala Liga Inggeris dan malam ini kami tunjukkan kepada mereka siapakah Liverpool dengan menundukkan mereka menerusi jaringan yang banyak.

No comments:

Post a Comment