})();

nuffnang

24 March 2016

Ong Kim Swee Komited Kelayakan Piala Dunia 2018/Asia 2019

Harimau Malaysia Yakin Benam Arab Saudi

Menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 awal pagi nanti jam 1.30 yang akan disiarkan melalui Astro 801 Jurulatih Malaysia Datuk Ong Kim Swee tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku. Perlawanan akan berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City Centre Jeddah, Arab Saudi.

Datuk Ong Kim Swee hanya mahukan semua pemain memberi persembahan terbaik dan sekurang-kurangnya mengulangi sejarah pertemuan di Stadium Shah Alam September tahun lepas.

" Arab Saudi memang pasukan yang bagus bertaraf dunia, persembahan mereka konsisten jadi kena berusaha lebih keras dan saya amat berharap pemain akan berikan persembahan yang terbaik.

" Kami akan memberi tekanan dan berusaha sebaik mungkin mengekang mereka yang pernah kami tunjukan di Stadium Shah Alam dan saya percaya kami mampu lakarkanya sekali lagi", kata Datuk Ong Kim Swee.

Aksi kedua dan terakhir menentang Arab Saudi dalam kumpulan A pada awal pagi nanti amat penting menjadi penentu nasib Harimau Malaysia. Walaupun sudah tersingkir pada perebutan tiket ke Piala Dunia 2018, Malaysia yang kini menduduki tangga keempat dengan 4 mata dilihat masih berpeluang ke pusingan  ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

Sekiranya kita mampu mengejutkan Arab Saudi, maka kita akan berjaya mengelakan perlawanan Play-off Jun nanti.

Namun Datuk Ong Kim Swee tetap komited dan yakin anak-anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik 100% dan doa dari kalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment