})();

nuffnang

21 February 2016

Uitm FC Kena Belasah

Northern Lion Menang Bergaya

Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez memuji persembahan cemerlang anak-anak buahnya yang membelasah Uitm FC 5-0 di Stadium Uitm pada aksi pusingan ke-2 Piala FA.

Kemenangan itu sekaligua menyaksikan Skuad Harimau Selatan mara bergaya ke pusingan ketiga Piala FA dengan lawan mereka yang akan ditentukan nanti.

Pada perlawanan itu, anak didik Gomez hanya memerlukan 13 minit sahaja bagi menjaringkan gol pembuka tirai menerusi Amri Yahya.

S. Chanturu turut meledakkan 2 gol pantas pada minit ke-32 dan ke-36 untuk meletakan Harimau Selatan berada dalam kedudukan selesa mendahului 3-0.

Harimau Selatan dilihat masih belum puas apabila Amirul Hadi Zainal terus menambah duka Uitm dengan menyudahkan jaringan ke-4 dan pada masa kecederaan babak pertama Pereyra Diaz melengkapkan kemenangan yang cukup bergaya JDT pada minit ke-70.

No comments:

Post a Comment