})();

nuffnang

17 February 2016

Dato Seri Vida Mahu Quputih The Red Warrior Bawa Pulang 3 Piala Musim 2016


Datuk Seri Vida mahu Kelantan Bawa 3 piala musim ini

Dengan barisan import baharu, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors hampir pasti antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan musim ini. - Gambar fail

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Hasmiza Othman mahu Kelantan memenangi enam perlawanan awal musim ini bagi mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Hasmiza, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, turut menuntut pemain memastikan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors kembali digeruni lawan.

Selepas menerima suntikan hampir RM20 juta, dan membawa masuk import baharu yang dibarisi Dramane Traore, Jonatan Lucca dan Baze Ilijoski, Kelantan hampir pasti antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan musim ini.

Kelantan dijadualkan berdepan Perak pada Sabtu sebelum menanti kunjungan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Muhammad IV pada Selasa.

Nota: Perlawanan antara Kelantan vs PDRM menyaksikan Kelantan menang 1-0 ke atas PDRM malam tadi.

No comments:

Post a Comment