})();

nuffnang

19 February 2016

Cabaran TSG Dalam Le Tour De Langkawi Anuar Manan Ketuai

Anuar Manan yang merupakan pelumba sensasi akan mengetuai pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cyling Team (TSG) dalam kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi bermula 24 Feb ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata TSG telah menyenaraikan enam pelumba termasuk Anuar bagi cabaran TSG 2 minggu lagi.

Anuar diharap dapat membimbing pelumba lain kerana beliau lebih senior dan banyak pengalaman.

Pada mulanya TSG merancang untuk menghantar pelumba asing, namun keputusan disaat akhir melibatkan pelumba tempatan.

Kesemua pelumba import dihantar ke perlumbaan Jelajah Filipina iaitu Daniel Whitehouse ( New Zealand ), Dadi Suryadi ( Indonesia ) dan Mara-erdene Butmonkh ( Monggolia ).

Anuar Manan

No comments:

Post a Comment