})();

nuffnang

04 February 2016

Hariaaaa Penang Hariaaaaa- Jersey Harimau Kumbang 2016 Mula Diedarkan

Mulai jam 10 pagi tadi Active Sports Centre Komtar menjadi tumpuan peminat peminat " The Panthers", untuk mendapatkan Jersey Pasukan Harimau Kumbang..

Seawal pagi diserbu dan ada juga yang sanggup berbaria seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan Jersey P.Pinang kerana dikhabarkan yang Jersey permulaan ini adalah kategori " Player Jersey". Maka masing masing berpusu pusu menantikan pintu Kedai Sukan Active Sports dibuka.

Active Sports adalah satu satunya kedai sukan yang diberi kepercayaan mengedarkan Jersey Pasukan Pulau Pinang musim 2016 dengan jenama UMBRO.

Harga yang cukup kompetitif, murah dan mampu milik oleh semua dijual pada harga RM100 kosong. Untuk Bacth, nama, nombor dan bendera masih lagi perlu menunggu sehingga bermulanya sepak mula bola sepak Liga Malaysia...

Untuk warga Pulau Pinang cepat dapatkan Jersey Pasukan Kemegahan Anda Sekarang.

No comments:

Post a Comment