})();

nuffnang

26 February 2016

Liga Juara-Juara PSV Pincang

Kepincangan PSV Gagal DiGunakan Atletico

Atletico Madrid gagal manfaatkan kelebihan bila gagal menunjukkan persembahan terbaik walaupun PSV Eindhoven hanya bermain 10 orang apabila terikat 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan akhir Juara-Juara Liga.

Peluang Atletico untuk membolosi gawang lawan pada babak awal perlawanan gagal diterjemahkan bila gandingan penyerang Luciano Vietto dan Antoine Griezmann yang berdepan Jeroen Zoet gagal menewaskan penjaga gawang tersebut.

Pada separuh masa kedua kami berjaya menguasai perlawanan sehinggakan penjaga gawang (Jan) Oblak tidak perlu menyelamatkan gawang dan sekadar makan angin kerana tiada langsung serangan kata pengurus Atletico, Diego Simeone kepada beiN Sports.

Rembatan kencang jarak jauh Gabi dari bahagian tengah padang yang mengenai pertahanan PSV, terpantul melepasi jangkauan Zoet, namun mujur Jeffrey Brauma sempat berada digarisan pintu gol untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

No comments:

Post a Comment