})();

nuffnang

17 February 2016

Amukan Harimau Kumbang

JARINGAN " AJAIB" FAIZ PUKAU 1 DUNIA

Misi memburu kemenangan sulung menjadi nyata buat The Panthers apabila membelasah Pahang 4-1 dihadapan ribuan penyokong Pulau Pinang.

Skuad Harimau Kumbang tidak perlu menunggu lama apabila memperoleh gol sulung seawal minit ke-3 hasil jaringan Faiz Subri yang membocori gawang lawan dengan gaya tersendiri.

Bersemangat dengan gol pertama P.Pinang terus mengganas memburu jaringan dan pemain import Martias Jesus Cordoba meledakkan gol kedua pada minitbke-9.

Pulau Pinang terus mengganas apabila Faiz Subri sekali lagi membocori gawang Pahang dengan sepakan percuma menarik yang memukau penonton pada minit ke-62.

Pesta gol Pulau Pinang diterus dengan jaringan pemain import baru dari Nigeria Osas Marvellous Ikpefua menjaringkan gol keempat pada minit ke-87 hasil tandukan cantik umpanan Fitri Omar.

Pahang bagaimanapun mendapat gol saguhati pada minit ke-94 hasil jaringan Rizua Shafiqi menjadikan keputusan muktamad 4-1.