GOL GILA FAIZ SUBRI- Gambaran seorang wartawan akhbar.
Itulah gambaran seorang wartawan
sukan di Malaysia dan dunia.
Kebanyakkan dada dada akhbar dan
media media sosial tidak henti henti
memperkatakan jaringan penyerang
sensasi Pulau Pinang itu.
Tidak ada pemain paling gila dalam
saingan bolasepak Malaysia ketika ini
selain pemain Pulau Pinang Mohd Faiz
Subri. Entah apa yang berada dalam
fikirannya ketika mahu mengambil
sepakan percuma semasa Pulau Pinang
berdepan Pahang dalam saingan Liga
Super pada Selasa (16 Februari 2016) di
Stadium Bandaraya.
Secara logiknya, jika kita amati dengan
teliti sepakan Faiz yang dilakukan pada
minit ke 63, ia mungkin tersasar jauh dari
pintu gol Pahang. Tetapi sesuatu yang
pelik dan luarbiasa berlaku apabila bola
yang sepatutnya tersasar, melencong laju
ke arah bertentangan dan kesudahannya -
GOL !. Terlopong mulut bukan saja kita
tetapi media antarabangsa !
Bayangkan dalam tempoh beberapa minit
ia menjadi ` trending ` di media sosial dan
beberapa jam selepas itu cerita tentang
gol pelik Faiz Subri mula tersebar dalam
banyak laporan portal dan media
antarabangsa. Dari Amerika Syarikat,
Australia, Ireland, United Kingdom
sehinggalah Portugal semuanya menulis
tentang gol pemain Pulau Pinang, Faiz
Subri.
Kebanyakkan daripada media
antarabangsa menganggap gol tersebut
boleh dianggap gol terbaik dunia dan
mampu tersenarai dalam Anugerah
Puskas FIFA iaitu anugerah untuk gol
yang dianggap terbaik daripada puluhan
ribu gol sepanjang tahun. Dan ia
merupakan anugerah yang diberikan
dalam majlis sama dengan pengiktirafan
pemain terbaik dunia Ballon Dor.
Masihkah anda ingat dengan gol pelik
lagenda pemain pertahanan Brazil,
Roberto Carlos 19 tahun lalu ? Walau
beberapa kali beliau melakukan sepakan
percuma ajaib tetapi gol ketika Brazil
menentang Perancis di Tournoi de France
( kejohanan pemanas badan sebelum
Piala Dunia 1998 ) paling diingati
sehingga kini.
Apakah gol Roberto Carlos itu terhasil secara kebetulan ?
7 tahun selepas gol Roberto Carlos
tercatat dalam sejarah bolasepak dunia,
sekumpulan saintis mendedahkan
bahawa gol yang dihasilkan pemain
pertahanan Brazil menerusi sepakan
percuma itu bukannya secara kebetulan.
Laporan Daily Mirror UK pada 2010
menyebut bahawa Professors Christophe
Clanet and David Quere membuat
pendedahan bahawa Roberto Carlos
sememangnya sudah merancang untuk
melakukan sepakan pelik tersebut. Ianya
hanya boleh dilakukan dari jarak yang
jauh, sepakan yang 'super' laju dan teknik
yang luar biasa. Mereka menggelar
sepakan itu sebagai 'spinning ball spiral'.
Tetapi sayang anugerah FIFA Puskas
hanya wujud pada 2009, maka gol
Roberto Carlos itu tidak menerima apa-
apa pengiktirafan dari badan bolasepak
dunia itu. Tetapi saya menganggap gol itu
sebagai gila, tak masuk akal dan luar
biasa!
Dalam tempoh 19 tahun sejak gol
Roberto Carlos itu, ramai pemain di
seluruh dunia turut berjaya melakukan gol
melencong dari sepakan percuma tetapi
ia tidak setanding dengan apa yang
dilakukan Roberto sehinggalah muncul
gol sensasi Faiz Subri!
Malah portal terkenal dari United
Kingdom, Mirror.co.uk turut membuat
undian gol siapa paling hebat ? Roberto
Carlos atau Faiz Subri selain menulis
artikel mengenai keajaiban gol pemain
Pulau Pinang ini di www.mirror.co.uk/
sport/row-zed/puskas-award-
winner-2016-
Justeru saya juga menganggap Faiz Subri
sebagai gila! dan berharap lebih ramai
pemain tempatan menjadi gila seperti
Fazi Subri!!!
Inilah jaringan yang dilakukan Faiz Subri.
No comments:
Post a Comment