})();

nuffnang

26 February 2016

Andrea Palini Rangkul Kemenangan

Andrea Palini Dari Skydive Dubai Pro Cyling Team Kemenangan Sulung Dicipta

Tiada pelumba yang mampu menggugat kehebatan Andrea Palini selepas pendatang baru itu dari Skydive Dubai Pro Cyling Team muncul juara peringkat ke-2 Le Tour de Langkawi(LTdL) dari Sungai Petani dan berakhir di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Pelumba yang berasal dari Itali itu yang berusia 26 tahun menamatkan perlumbaan sejauh 158.1 kilometer dalam tempoh 3 jam, 56 minit dan 2 saat , beliau diikuti rakan senegara Guardini dari Astana Pro Team dan Reinardt Rensburg dari Dimension Data.

Dalam saingan yang penuh dramatik itu menyaksikan beberapa pelumba terlibat dalam kemalangan yang akan tamat 100 meter sahaja lagi, palini mengaku melakukan henjutan yang bertenaga untuk mengatasi Guardini pada saat akhir membuahkan hasil.

Sementara itu pelumba berpengalaman yang mewakili pasukan Kebangsaan, Loh Sea Keong dinobatkan selaku pelumba paling aggresif. Beliau menerima anugerah baru itu selepas bertindak melakukan breakaway awal selain sentiasa berada di depan pada setiap peringkat.

No comments:

Post a Comment