})();

nuffnang

21 February 2016

Pesta Gol di Stadium Darul Aman

Kedah Kenduri Gol benam Megah FC

Stadium Darul Aman menyaksikan Kenduri gol apabila Kedah membelasah Selangor Megah murni 8-0 dihadapan puluhan ribu penyokong helang merah.

Carlos Kahe muncul wira apabila menyumbang gol hatrik ketika beraksi di hadapan penyokong setia mereka.

Gol pertama kedah hadir seawal minit ke-5 apabila sepakan lambung Azmeer Yusof dari sebelah kiri padang berjaya mengelirukan penjaga gol Megah Murni, Ilyaf Abd Sani, sebelum Sandro Da Silva menambah penguasaan Helang Merah hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-12.

Penguasaan Kedah berterusan apabila asakan dilakukan sebelum Mohd Syazwan Tajudin berjaya memanfaatkan peluang bola muntah hasil rembatan De Silva pada minit ke-24 yang terkena tiang, dengan menolak masuk bola ke gawang gol.

Pemain import Brazil Carlos Kahe melengkapkan kemenangan 8-0  Kedah apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan Megah Murni.

Pulunnnnn Kedahhhhh Pulunnnn.

No comments:

Post a Comment