})();

nuffnang

14 February 2016

JDT Pertahankan Piala Sumbangsih

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kemenangan selepas menjuarai Piala Sumbangsih 2016 apabila menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 7-6 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.
Anak didik Mario Gomez membuktikan piala pertama pada musim ini memihak kepada mereka sekaligus mengekalkan kemenangan untuk dua tahun berturut-turut selepas kejayaan sama diraih ketika musim baru menentang Pahang tahun lalu.

Piala kemenangan disampaikan Setiausahan Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Terdahulu penantian hampir 44 minit beraksi di gelanggang sendiri berakhir apabila Hariss Harun yang memakai jersi bernombor 14 menyempurnakan sepakan Safiq Rahim membolehkan pasukan JDT mengekalkan kedudukan itu sehingga separuh masa pertama.

Selangor bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Hafiz Kamal pada minit ke 59.
Kedua-dua pasukan kemudian terikat dengan sepakan penalti sebelum JDT menang dengan agregat 7-6 hasil tampanan penjaga gol JDT, Farizal Marlias terhadap sepakan bola Mohd Azrif Nasrulhaq.

Tiga mata penuh yang diraih JDT malam ini menjadi pembuka tirai Liga Super meskipun peluang jaringan gol belum diraih pemain import baru mereka, Juan Martin Lucero.- Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment