})();

nuffnang

12 February 2016

Jose Tadeu - Pemakluman oleh FAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dengan hormatnya ingin memperbetulkan  maklumat mengenai segala khabar angin yang menyatakan bahawa striker import, Jose Tadeu akan terus dikekalkan dalam pasukan Pulau Pinang setelah cadangan pengganti beliau, Charles Chad Souza tidak menerima tawaran untuk mengikat kontrak musim 2016 dengan FAP/Pulau Pinang.

Dalam hal ini adalah disahkan bahawa khidmat Jose Tadeu akan tetap ditamatkan dan rundingan penamatan kontrak beliau sedang dijalankan antara FAP dengan beliau. Insya Allah perkara ini akan selesai tidak lama lagi. Mengenai Charles Chad Souza,beliau telah memilih untuk menerima tawaran untuk bermain dengan sebuah kelab di Brazil.

Sehubungan itu, pihak FAP telah berbincang kembali dengan 'coaching team' mengenai calon pengganti baharu kepada Jose Tadeu. Calon pengganti ini telah pun dikenalpasti dan FAP telah pun berunding dengan striker import baharu  ini serta agen beliau. Surat tawaran telah pun dikeluarkan dan Insya Allah semuanya akan dimuktamadkan pada 12 Februari 2016. Tarikh akhir pendaftaran pemain import adalah pada 14 Februari 2016.

Sudah pasti pemain import 'baharu'ini tidak sempat diturunkan dalam perlawanan pertama PP di Terengganu pada 13 Februari 2016 nanti namun pasukan Pulau Pinang telah pun bersedia sekalipun tanpa beliau pada perlawanan pertama nanti, Insya Allah.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

Azizudin Mohd Shariff
Pengurus Pasukan Liga Super P.Pinang

HARIA PENANG HARIA

No comments:

Post a Comment