Jangan mudah melatah " saingan Liga Malaysia masih panjang. Penyokong jangan cepat marah, beri peluang dan ruang kepada pasukan untuk tingkatkan prestasi dan perbaiki kelemahan".
Itu reaksi ketua jurulatih Pahang, Ahmad Shaharudin Rosdi selepas Tok Gajah dibelasah oleh Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya dalam saingan Liga Super 2016 selasa lepas.
Alasan alasan yang adalah kekurangan seorang pemain pada babak kedua dan kelonggaran barisan pertahanan sebagai punca pemain hilang fokus, dia berkata, terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki untuk berdepan Terengganu FC ll dalam saingan kalah mati Piala FA dilaman sendiri esok.
Pahang yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Soloman Raj dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-60 memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Rizua Syafiqi pada minit ke-94 masa tambahan.
Pemain gagal mengikut percaturan yang dirancang apabila Solomon Raj diarah keluar padang oleh pengadil, yang menyaksikan Pulau Pinang berjaya menghasilkan 2 gol lagi selepas itu.
Kelonggaran pada bahagian pertahanan turut menjadi faktor kami dibelasah apabila pemain terlalu membuka ruang sehingga membolehkan pemain lawan membuat jaringan dari jarak jauh.
No comments:
Post a Comment